Jom-jom kita Main Klik..I Nang U..U Nang Me ok

Mari kita Tolong-Menolong dengan Klik Nuff

Thursday, August 27, 2009

Senaman dalam bulan puasa

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani.

Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan.

Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.

Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindak balas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.

Senaman dan berpuasa

Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.

Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain. Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.

Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.

Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.

Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.

Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih di mana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.

Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.

Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam di mana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya. Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.

Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.

Langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:

Kenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.

Dapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.

Memikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.

Mulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.

Lakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangka masa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.

Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman seperti demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.

Walau bagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung.

Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.


22 comments:

Mr azmie said...

senaman memang bagus untuk kesihatan...tp x ramai org nak wat....hehe

ochea said...

Bulan puasa tak leh jogging ke bro?

j-QAF SK SULAIMAN said...

Aku dah jogging la bro..
cuma 2 hari nie jer tak jogging bro..Hujan...

Sekolah Kebangsaan Klang Gate said...

Senaman Sangat Penting Untuk Kesihatan.Tapi di bulan puasa ni, anda digalakkan melakukannya pada waktu petang je....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

thanks 4 information..

=)

tapi kira berjalan kaki g kelas pon kira bersenam juga kan???

hehe

a w i e n 'd' said...

post ni banyak membantu . tapi time puasa ni memang tak larat nak bersenam . jalan kaki pegi bazar ramadhan pun dikira bersenam jugak kn cikgu ? =)

tice said...

Menarik dan Bermanfaat sekali artikel senaman di Bulan Ramadhan nie..Alhamdulillah dan Tahniah to ADMIn coz dapat mengeposkan TOPIK yang meme menghiburkan serta memberi kesan positive kepada pembaca yang senantiasa mementingkan/mengamalkan DIET untuk maintain physical features masing-masing agar tidak menjadi 'out of shape' ketika menjamah beraneka jenis JUADAH pada bulan yang MULIA ini...

Untuk sesiapa yang kurang berminat BERIADAH seperti yg dipaparkan dalam foto-foto di atas,tak perlu risau coz meme banyak lagi bentuk riadah yang kita lakukan secara (INDIRECT) tanpa kita sedari..

Contoh:

1.menyediakan juadah untuk sahur memerlukan pergerakan yang tenang tapi tangkas kerana mengejar waktu imsak.. begitu jugak masa nak berbuka puasa..

2.solat sunat tarawikh(dah disebutkan oleh ADMIN)

3.menjelang Raya(seminggu)kaum ibu bapa serta ahli keluarga sibuk membersihkan rumah,mengecatler.sapu sawangler,menyapu sekeliling rumahler,memasang langsir baruler,memukul telur utk buat kuihler,menjahit baju rayaler,bershopping membeli belah baju raya,perabot baru dan lain-lainler..

4. membina tiang-tiang panjutler(bagi ore kampung)

Wah meme banyak aktivit tu pada bulan puasa..Walau apa pun aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebagai alternatif beriadah diharapkan ia dilakukan kerana ALLAH semata-mata dan seelok-eloknya ia diiringi dengan zikirullah...Badan pun sihat,PAHALA pun DAPAT..dan mungkin berganda-ganda lagi pahalanya kerana berzikrullah di bulan yang MULIA..

Si Alangjingga said...

Tu la yang sedih bila JOse Maurinho kata player dia main tak bagus pasal puasa.....kiri kanan orang Islam kena attack

HaFez94 said...

Senaman dalam bulan puasa..Hafez kurang aktik sikit..sebabnye.nanti letih sangat.. Hari tu sekali je buat senaman..main bola sepak ngan saudara... Penat juga..tapi..badan sihat..
Betul tak?

Senaman juga boleh hilangkan stess..
Jadi..hidup tanpa senaman..badan jadi lesu..
Selamat beribadah..

j-QAF SK SULAIMAN said...

Saya dalam bulan puasa nie boleh dikatakan setiap hari berjogging...Sebelum2 nie pun jogging jugak...cuma 2 hari jer skip sebab hujan..

Bila bersenam badan kita sihat..Otak rasa segar..Badan rasa ringan jer..Tido awal..Bangun awal..Bertenaga..

Biasanya saya jog sehari dalam 30minit..Cukuplah sekadar mengeluarkan peluh...Hehe..

A.I.N.U.L said...

bagus2 . tapi knp ramai yg x mengamalkannya ?
termasuk saya gak . hehehe

UcU mAnjA said...

Poco-poco jugak bole.

Bagus kan.
Tapi alasan hebat adalah letih utk senaman kan.
Ucu pun malas nak amalkan.

KAH KAH KAH

kuina said...

saya bukan guru, bukan cikgu...

layakkah saya meninggalkan komen diruangan ini...

sekadar ingin berkongsi ilmu..

saya masih meneruskan aktiviti jogging walaupun bulan puasa tak pun sekadar berjalan2 mencuci mata..rasa tak selesa bila tak berpeluh

CINTAMANISZ Lite said...

Akak tetap gi gym di bulan pose..Selepas masak utk berbuka tu. Wat dlm setengah jam aje. Main treadmill.
Ada gak laa pengalaman kaum2 lain tanya akak ngan suami tak pose ke? Hmm..tu laa kan, betapa jahilnya diorang. Diorang ingat bila umat Islam berpuasa..kita tak produktif..lembek!! Abes tu?? Org yg bersawah, berkebun, menoreh getah..tak boleh puasa ler?? Sungguh sempit pemikiran diorang.
Tp bukan nak cakap lak..org keje2 senang kat ofis pun tak pose. Dok melantak kat bawah tangga wei!! Akak ada pengalaman ler terserempak ngan budak2 ofis boy wat keje cenggitu. Ngan muka 'sarden'..pelawa akak makan sekali..ces!! Diorang kata diorang tengah datang kotor..chait!!

sis iza said...

Sebenarnya kita jangan cari berbagai alasan untuk melakukan perkara yang membawa kebaikan pada tubuh badan kita sendiri...tubuh badan adalah pinjaman sementara cuma jadi jagalah dengan sebaik mungkin...bersenam di kala kita sedang berpuasa banyak manafaatnya tapi kita sesuaikanlah dengan keupayaan diri sendiri...tepuk dada tanya akal...

Anonymous said...

memang bagus kalau dapat bersenam, badan pun rasa ringgan je, tapi jarang sekali org mcm kami ni dpt peluang bersenam,mana tak nye asyik bersilat dgn spatula je,tapi kira bersenam juga la tu hehe..

surisarawak said...

memang bagus kalau dapat bersenam, badan pun rasa ringgan je, tapi jarang sekali org mcm kami ni dpt peluang bersenam,mana tak nye asyik bersilat dgn spatula je,tapi kira bersenam juga la tu hehe..

Mdm Lulu said...

salam ziarah ye..memang bagus bersenam..walaupun berposa tak semestinye duk je..takut haus dan dahaga..seeloknye kite beridah kan...

SENORITA ZATY said...

senaman baek utuk kesihatan, event kte tgah belapa n dahage,

Mady said...

puasa penat tp buleh ka than nfsu bersenam haha
msty letih

Putra Al-Maliki said...

Senaman baek utuk kesihatan even di bukan bulan Ramadhan. Ia harus dipraktikkan sentiasa supaya otak mansuia sentiasa cerdas dan badan sentiasa ce4gas... =)

Anonymous said...

bagus bersenaman utk kesihatan dlm bulan puasa ni, tapi dlm bulan2 biasa takde plak yg bersenam sebab takde event senaman mcm bulan puasa hehe..

utk mengelakkan perkara buruk, bolehlah dilakukan pada sebelah malam atau pagi sebelum sahur.