Jom-jom kita Main Klik..I Nang U..U Nang Me ok

Mari kita Tolong-Menolong dengan Klik Nuff

Sunday, August 30, 2009

Tutuplah Aurat dengan Sempurna

Kepada Sahabat-sahabat Blogger semua jgn lupa Tinggalkan Komen diruang Post Komen..
Semoga apa yang dipaparkan ini memberi manfaat dengan pandangan2 dan komen sahabat2/rakan sekalian..Segala komen anda semua amatlah dihargai..





DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian. Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

idak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji).

(al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.”

(Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21).Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuan nya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua.. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini. Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.



P/s:

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Raya nanti kita tengoklah bermacam2 Fesyen yang ada..Menutup Aurat Tapi Sempurna Ke Tak????

27 comments:

tice said...

assalamualaikum

Petang semalam ummi bawak anak nak pi cari tudung untuk raya..Merata-rata kedai tudung dah pi termasuk kat Green Town Mall..Alangkah sedisnya coz 'tudung idaman' yang dicari tak jumpa-jumpa..Last-last nak jadi rezeki,terjumpalah 'tudung idaman' tersorok + terperosok kat bawah meja sebuah gerai yang agak usang..

Ermmm...begitulah nasibnya tudung-tudung yang 1 masa dulu duduk di tangga teratas kini telah turun ke tangga yg terbawah sekali..

Salah siapa dan apakah salah 'tudung-tudung' itu....sama-samalah kita fikir-fikirkan..

::bLessinnG seeKeR:: said...

Assalammualaikum

setuju dengan umi.
mana yang menutup aurat dgn lengkap itulah yang payah dicari.
kain2 tudung skrg pula semakin nipis, nak buat tudung pun serba salah. Sedih dan terasa kepayahannya.
Kalau masa raya pula, bermacam2 fesyen yang ada, paling sedih apabila segelintir muslimat berkata fesyen untuk berdakwah, kelihatan comel dan cantik untuk berdakwah. kata-kata ini terkesan di hati saya. Adakah benar untuk berdakwah? atau menarik perhatian? cantik dan lawa?? Rasional ke alasan ini untuk berdakwah?

Cukuplah seorang muslimah itu bertudung litup, berjubah @ berbaju kurung yang tidak menampakkan ptongan badan. Macam umi tice, kan molek lagu tu :)

maaf jika tersalah, setakat pendapat dari saya yang baru belajar ^_^

Elixir Rhapsody said...

Berfesyen untuk berdakwah atau hanya memberi alasan untuk tampil cantik di hadapan lelaki? Hmm...

Ada hikmahnya perempuan dikehendaki menutup aurat tapi sedih bila tengok para liberalis yang ekstrimis mengatakan menutup aurat itu tak releven pada zaman ini. Siapa mereka untuk berkata begitu sedangkan mereka hanya menafsir Al-Quran dari tafsir dan bukannya berdasarkan ilmu sanad, nahu, dll...

Pencipta sudah pasti tahu apakah yang terbaik terhadap ciptaanNya cuma manusia yang ego atau pun masih tidak memahami. Kita janganlah memandang rendah terhadap mereka yang tidak menutup aurat betul-betul.

Saya sendiri pernah melakukan kesilapan menegur orang yang tidak memakai tudung betul-betul dengan kasar. Kesian dia... Huhuhu... Berdakwah mestilah dengan akhlak yang baik dan molek agar kita disenangi orang ramai... =)

Sedih melihat ramai perempuan yang semakin hilang sifat malu itu. Dengan sifat malulah sebenarnya hidayah akan tersebar ke seluruh alam...

http://elixir-rhapsody.blogspot.com

––––•(-•.cik.•-)•–––– said...

assalamualaikum ustaz..
info yang menarik..
terima kasih.
yg menjadi kemusykilan sy sekarang adalah sikap perempuan yang bertudung bila keluar berjalan, tetapi tidak bertudung sewaktu keluar rumah. samaada untuk menjemur kain, berjumpa kenalan yg datang ke rumah, menyiram bunga, dll.. apekah mereka tidak tau yg itu turut salah??. sy juga bukanlah begitu sempurna orangnya.. tetapi setakat ini, jika sekadar keluar di halaman rumah, bertutup jugelah.. (:

mimie loma said...

salam ustaz............isu yg hangat diperkata kan skang......lebih2 lagi dlm zaman yg serba moden ni.

setuju sgt dgn apa yg ustaz ckp tu.....tp tu lah kekadang tk leh nk salah kan kaum pompuan jugak yg pakai tudung berfesyen tu.

ade suami tak suke tgk isteri pakai jilbab......die kate tk sesuai nti klu kawan2. pandang mcm orng tua je isteri die.......

ada pulak die suke isteri tutup aurat tapi kena ikut fesyen......tak suke pakai baju jubah.....ye lah kekadang bkn senang nk dapat julukkn isteri solehah ni........

mmng kena bnyk sbr dgn kerenah suami2 yg cam gitu.......tak lah semua kan tp majoriti lah..lebih2 lagi klu kerjaya suami tu pulak kena bercampur dgn kaum hawa.....yg cantik dan bergaya diluar sane tu........hish3.

alhamdulillah lah Allah tu maha mengasih dan maha pemurah di beri nye orng pompuan ni bnyk kesabaran utk menghadapi dugaan ni sume....

cume kita sebagai manusia ni kena sentiasa berpikiran positif......muga2 allah membuka kan pintu ati kaum2 hawa ni utk menutup aurat mereka dgn sempurna........insyaallah.

surisarawak said...

salam...

Jelasnya, setiap wanita wajib menjaga kesopanan dan maruah diri mereka masing-masing.Hal ini sangat penting kerana wanita itu sendiri harus berfikir tentang perkara-perkara yang lebih baik yang patut dilakukan dan perkara-perkara yang mungkar patut ditinggalkan.Wanita yang tidak pandai menjaga adap sudah tentu akan dipandang 'murah'oleh orang lain, khususnya kaum lelaki yang berpenyakit hatinya dan seterusnya akan mempermain-mainkan mereka.
Seharusnya wanita menunjukkan budi pekerti yang mulia dan saling menjaga maruah diri. Dengan itu mereka akan dihormati setiap orang.

Larangan seperti ini adalah bertujuan utk menggelak kaum lelaki daripada tergoda.
Dari segi pakaian, wanita wajib memakai pakaian yang longgar(bukannya ketat mcm sarung nangka)dan tidak menampakkan susuk tubuh mereka.Tudung juga hendaklah dilabuhkan hingga keparas dada (tapi ramai yg sengaja nk tunjuk dada)Dengan ini, maka wanita berupaya menyelamatkan diri dari pandangan rakus laki-laki yang sentiasa dahagakan maksiat....

Anonymous said...

begitu banyak pengorbanan yg dilakukan oleh kaum hawa dari aurat hinggalah melahirkan anak.. dari memasak hinggalah taat kpd suami.. terima kasih kpd ibu tercinta yg melahirkan saya, pengasuh yg menjaga saya ketika kecil & bakal isteri hehe yg taat setia & kasih kpd saya..

akhir kata, tutuplah aurat seelok-eloknya wahai kaum hawa yg manis, insya-Allah syurga menanti anda..

sktpjohor said...

salam...

setuju dgn kupasan isu, kerana mutakhir ini nisa' anggap tudung sekadar aksesori fesyen seperti baju,kain dan sebagainya. walhal tudung adalah pakaian yg wajib kerana ia melindung yg haram bagi ajnabi menontonnya.

kerap didapati mereka yg bertudung tetapi bajunya berlengan pendek malah sehingga tahap tiada lengan, sendat dan pendek. jika dia membongkok, akan terdedahlah bahagian atas punggungnya. akan tetapi mereka ini tidak kisah dan suka org melihatnya kerana dirinya menjadi perhatian.

stoking?wajib bukan muslimah menutup jari kaki?tapi apa yg berlaku kini?renungkanlah wahai muslimah. balasan Allah amat azab bagi mereka yg engkar.na'uzubillah.

suri_ummah @ ummi_chan said...

Salam..menutup aurat itu adalah sebahagian sifat malu. Sifat malu pula adalah keindahan tertinggi bagi seorang wanita. Sifat malu adalah warisan seorang perawan. Walaupun telah beranak pinak, seorang wanita yang bersifat malu bagaikan seorang perawan yang suci..suci dan indah di sisi Allah. Tutuplah auratmu dengan merasa malu kepada Allah Al-Khaliq. Agar engkau sentiasa perawan di sisi-Nya.

Immanent Peace said...

Salam,

you know, we've got such this email from an unknown:


I wanna ask you why you pious muslim women are so fanatic about covering the breasts fully by veils? To be looked as good humans? Enough to be considered as good-believing women outside and inside for judging in cases such as fitnah etc.?

Even in Al-Qur'an muslim men can imagine the size and shape of women breasts by just reading Al-Qur'an.
(Source: www.QuranExplorer.com/Quran, Surah an-Naba 78:33, Translation by Dr. Mohsin)

And in hadith the size and shape of breasts adored by men are also described.
(Source: http://www.tafsir.com/default.asp?sid=78&tid=56852)

Heaven (Vision) that is imagined as described, after all the good deeds such as http://exmuslim.wordpress.com/2009/03/08/surga-nikmatnya-pesta-seks-dalam-islam/- good or bad? answer: well, same maybe.

Till again, take care dear

------------------------------------

we don't reply; but if someone gave such this email to you, tell the person to read the post from kak Aliya yg khas untuk pertanyaan di atas ini

http://pukullima.blogspot.com/2009/08/finly-lala-first-of-all-i-dont-reply.html

thanks
salam

LORD ZARA 札拉 said...

Salam~
Terima kasih berkongsi~

immanent peace said...

Salam..
pernah ada seorang bertanya meminta pendapat kat saya macam mana nak suruh perempuan yg pakai tudung biasa untuk tukar pakai tudung labuh..hmm, patut ke suruh?

"bagaimanakah nak suruh orang perempuan yang memakai tudung biasa supaya dapat pakai tudung yang lebih labuh, atau okay je ka pakai tudung biasa?" (lebih kurang)...

Maaflah kepada penanya soalan itu kerana jawapan saya yang agak beremosional. sangat sangat mintak maaf. masa itu tengah agak sibuk dan menerima sedikit ke'malang'an.. maaf sekali lagi...

Hmm, mungkin adakalanya sms bukan cara yang terbaik untuk bertanyakan pendapat, dan saya bukanlah orang yang bertudung labuh.

Pernah juga masa tahun satu duhulu pakai tudung labuh tapi sehari je lah (kawan saya yang hadiahkan), tak jadi nak pakai selepasnya... Ya, masa tahun satu dahulu saya agak bersemangatlah jugak. Bila fikir balik, malunya... malu? pakai jubah pergi kuliah... dan sekarang dah tak nak sangat sentuh pakaian seperti itu lagi.

Mungkin itulah semangat islamik semata tanpa kefahaman yang begitu telus, salah saya sendiri, saya tak salahkan siapa-siapa pun. Tapi, cadangan saya, ubahlah pendekatan. Lama jugak saya menolak sebarang bentuk persatuan yang berupa islamik, dah tak nak... i had a negative mindset maybe, saya rasa diorang ni mesti nak tarik saya masuk group diorang, walaupun kekadang bunyinya macam tiada paksaan tapi macam 'dipaksa'... demi untuk menegakkan syiar Islam?!hmm...

...........
continue below

immanent peace said...

Tapi, tolak punya tolak, saya tertarik juga dengan pendekatan seorang kawan saya ini. All make sense to me. When I asked her anything, she answered my questions wisely, dalam jawapannya dia suka kaitkan dan selitkan sekali dengan sirah rasullah saw. Dan dia buat saya semakin berminat untuk baca sirah nabi-nabi. Walaupun banyak juga saya buat hal dengan kawan saya ini, tapi dia sangat penyabar, tak pernah tuduh saya apa-apa.

Okay...

Berbalik soal tudung...

Saya teringat kisah murobbi saya dahulu semasa dia mula-mula menerima tarbiyyah (didikan Islam). Dia merupakan salah seorang orang penting di usm ini, (note: mahasiswa usm juga merupakan orang penting usm).

Dia menerima tarbiyyah di luar negara. Masa itu dia single lagi.

Ada seorang mak cik di sana suka ajak dia pergi halaqah (usrah) dengan baik. Masa itu murobbi saya ini seorang yang free hair dan suka pakai skirt pendek atas lutut. Mak cik ini tak putus-putus ajak dia, dan dia pun ikut join halaqah mak cik ini. Tapi murobbi saya ini juga suka datang lambat dalam usrah, dia akan telefon mak cik ini dan bagi tahu,

"saya nak main tenis dulu dengan kawan saya ini.. nanti dah abes main saya datang.."..

dan bila dah abes main baru dia datang halaqah mak cik ini dengan hanya berpakaian seperti seorang pemain tenis, skirt dan free hair... Ada yang tidak senang melihatnya, tapi mak cik ini berkata kepada murobbi saya itu,

'tak apa, kita datang sini untuk merapatkan ukhwah dan cuba lagi untuk meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Allah, tak kisahlah pemakaian kita macam mana sekalipun.."

murobbi saya ini tetap juga datang dengan konsisten ke halaqah mak cik ini. walaupun dia free hair dan pakai skirt, mak cik ini tetap melayan dia dengan baik. murobbi saya ini berubah jugak sikit-sikit, tapi lama lah jugak dia nak buat keputusan untuk pakai tudung... tapi selepas dia pakai tudung, dia dah tak bukak tudung dah, pada masa itu, sangat sedikit student malaysia yang pakai tudung di sana, kiranya dia nampak pelik di kawasan itu.

begitulah al-kisahnya tentang murobbi saya ini... dan kini dia semakin komited dengan kerja amal islami walaupun sibuk dengan tugasan dia yang sangat besar di usm ini, sedangkan dahulu dia seorang yang bebas bergaya.

Alhamdulillah, pembawaan mesej Islam yang baik kepada murobbi saya itu mampu membuatkan dia menerima Islam dengan baik.

Kalau tak silap, murobbi saya kata dia berubah dengan lebih baik, lepas baca buku 'Apa makna saya memeluk Islam by Fathi Yakan' (yang english version punya, kalau tak silap lah), mak cik itu yang hadiahkan buku itu kepadanya.

Walaupun prosesnya agak lambat tapi lebih berkesan di hati. Bukan penampilan yang pertama harus diubah...

What I mean, and what my murobbi wanted to say actually, biarlah berubah dengan kesedaran diri sendiri.

Adakalanya bila dah sedar pun boleh lupa balik, tapi ingatkanlah, jangan tuduh yang bukan-bukan... tak yah lah doa yang tak baik... bukan kah kita nak masuk syurga sama-sama. Syurga kan masa depan kita... manusia sentiasa lemah, hanya Allah yang mampu bagi kekuatan sebenar kepada manusia,

tapi manusia juga makhluk sosial, manusia akan mudah untuk bersikap tidak normal apabila berseorangan, maka, manusia saling memerlukan manusia sebagai bantuan sokongan, saling melengkapi, saling mengingati, saling memberi kekuatan... tapi asal semua kekuatan itu tetap milik Allah.

just a little not so meaningful sharing from me...

thanks!
Salam

(note: i'm not the ownwer of this blog immanentpeace, just one of the moderator, lupe nak sign out..huhu)

Putra Al-Maliki said...

Entri yg menarik. Sebar2kanlah kepada kaum2 Hawa yang lain untuk dijadikan peringatan... =)

^inas^ said...

doa kan sy. sy ingin perbaiki diri lagi terutamanya menjaga aurat...

white02 said...

Thanks for the sharing..
Keep posting :)

::bLessinnG seeKeR:: said...

Assalammualaikum..

saya suka dengan isu ini, nak berkongsi cerita sikit. Kisah benar semasa saya belajar di UMS. tentang berstokin.

ada muslimin yang pernah jujur mengakui, dan berkata. "sempurna awak menutup aurat" saya cuma diamkan diri. kemudian dia berkata, apakah warna kulitmu yang sebenar? lihat wajahmu, kemudian, lihat tanganmu, kemudian kakimu. (tgklah, kaum muslimin tetap mencari tmpt di mana untuk melihat. lihatlah, saya masih berstokin tgn, berstokin kaki cuma masa tu tak berpurdah) sebab tu agaknya, imam syafiee menyatakan perempuan itu, keseluruhan tubuhnya ditutup kecuali kedua tapak tangannya. kalau sampai menimbulkan fitnah. Saya amat takut sekali dan tidak suka menjadi perhatian lelaki.

Apa pun, jagalah aurat sebaiknya. Ia adalah amanah dari Allah untuk kita. Jangan menutup aurat kerna takutkan Allah tapi tutuplah aurat sebagai hambaNYA yang taat dan dari situ lahirnya keikhlasan insyaAllah ^_^

HaFez94 said...

Salam..ramadhan..
Kene jaga aurat pada bulan puasa nie..

Seri said...

menyentuh soal aurat ni sukar sikit seri nak komen. jangan kita pandang terlalu jauh, cobalah keluar rumah dan pandang sekeliling, apakah yang akan kita lihat? susah kita nak jumpa wanita islam yang betul-betul memenuhi syariat agama dari segi berpakaian.

dimana kesilapannya? mungkin dari segi berpakaian masyarakat melayu yang masih menebal dan sukar diasimilasikan dengan kehendak agama.

kedua, pengubahusaian pakaian melayu mengikut kehendak zaman, banyak mempengaruhi wanita islam berpakaian terutama yang tinggal dibandar-bandar.

jadi yang penting ialah pendidikan berpakaian
mengikut syariat agama perlu diterapkan diperingkat awal terhadap kanak-kanak dirumah.
dengan cara ini akan membiasakan mereka dan tidak akan merasa kekok bila telah meningkat dewasa nanti.

Shuhanna96 said...

Salam..

Sy rasa post ustaz kali nie menarik!

Dgn entri yg ustaz postkan ini,
mungkin ramai kaum wanita dpt merubah cara
mereka menutup aurat..

Semoga ustaz dpt memberi lbih byk lgi
ilmu2 islam utk pengikut blog ini..

(:

raradoratheexplorer ; said...

HEE no comment sebab RARA pon ta tutop aurat HAHA btw besss! :)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tengs ustaz~

info yg menarik~

Mrs. Man said...

assalamualaikum.ust..
Tahniah! En3 yang sangat2 berguna dan pasti akan dapat menyedarkan ramai kaum hawa di alam ini. Memang dpt kita lihat dgn jelas lagi..trend bertudung kini x sama dengan trend bertudung waktu dulu2..masa dulu mana la reti nak belit2 dan putar sana putar sini..tp sekarang tudung yg macam tu berlambak2 kat kedai..sampai berbulu mata tengok..dah la dibuat singkat..tambah lagi 'kejarangannya'..hai dunia2..entahlah ustz..moga2 dengan terbitkan en3 ni diharap semua kaum hawa(termasuk diri saya sama) akan sedar dan berubah demi kebaikan dan keutuhan martabat wanita muslim..amin

yantiey said...

Asalamualaikum..ustz..haa ni sy datang nak komen...sblm tu thanks sudi jadi follower blog saya..anyway, en3 ni benar2 menyentuh perasaan dan membangkitkan semangat untuk terus menutup aurat tanpa mempedulikan lagi setinggi manapun dunia fesyen masakini..tutup tetap tutup dan perlu bersederhana dalam etika pemakaian..semoga anak cucu..cicit..dan seterusnya..generasi kita slps ini akan tetap mempertaruhkan keimanan yang kukuh demi untuk menjadi muslimah yang dirahmati Allah..amin

AzHaR said...

x perlu rasau..sbb skrng ramai yg dh tubat..
dlu pkai tudung jer..skrng siap tutup muke sekali.
(sbb H1N1)..HEHEH

Afzainizam said...

salam kemerdekaan malaysia..langit di atas kepala tanah sebagai tapak..tanah ni aku dilahirkan..air dibumi ini aku minum.. udara disini aku sedut..hasil bumi disini aku jadikan darah dagingku..maka wajiblah aku pertahankan ini bumi yang ku pijak tak akan di punyai orang lain selain dari kami malaysia.. salam kemerdekaan pada anda tulus dari http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
salam bulan ramadan &
salam kenalan dari kami

aurat perempuan haram pada bukan muhrim.. maka ikutlah panduan yg di berikan..ade yang tersurat dan tersirat disebalik perintah Allah.. Allah jua maha tahu segalanya

A.I.N.U.L said...

btol tu . saya sendiri masih blom sempurna dari segi aurat .