Jom-jom kita Main Klik..I Nang U..U Nang Me ok

Mari kita Tolong-Menolong dengan Klik Nuff

Thursday, August 13, 2009

Hati-hati - Doa hindar H1N1 yg sesat





Soalan:
Assalamualaikum Ustaz,

Dalam kerisauan penularan wabak pandemik H1N1 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia mutakhir ini, banyak email yang saya dapat berkenaan doa-doa yang boleh diamalkan untuk menghindarinya. Salah satunya termasuklah seperti yang saya lampirkan.

Mohon pendapat ustaz berkenaan doa tersebut. Adakah boleh kita mengamalkannya? Ada yang menganggap ianya dari syiah. Mohon penjelasan.

Terima kasih,

Syukor,Kuala Lumpur


Jawapan:
Waalaikumsalam...

Selepas meneliti kandungan risalah yg dilampirkan, saya dapati ada banyak keraguan dari sudut kenyataan, kandungan dan matan doa itu sendiri.

Antaranya adalah seperti berikut :

1. Status Syeikh Ibnu Ahmad At-Tamimi Al-Malizi yang dikatakan Murshid. Tidak pernah saya terbaca dalam mana-mana kitab himpunan ulama'-ulama' tanahair ada ulama yang dikenali dengan nama tersebut.

2. Di bawah risalah tersebut dinyatakan, disediakan oleh ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb Sakiran, Bahagaian Dakwah Bebas JAIS, kategori D1, D2 & D3, beserta no rujukan fail dan no HP.

Untuk pengetahuan tuan, ada banyak keraguan di sini :

i. Tidak wujud pegawai dengan nama tersebut bertugas di Bahagian Dakwah JAIS.

ii. Tidak wujud yang dinamakan "Bahagian Dakwah Bebas" JAIS

iii. D1, D2, & D3.. setahu saya ia adalah kod bagi kategori kad tauliah mengajar. Jadi, apa kaitan dengan bahagian dakwah JAIS yang dinyatakan.

iv. No HP yang tertera telah cuba dihubungi, tapi tidak diangkat.

3. Matan doa yang di tulis juga mempunyai banyak keraguan.

i. Dari sudut maknanya, ia seolah-olah bukan doa yang dipohon kepada Allah, tetapi tawassul yang dipohon kepada manusia. Ulama bersepakat bahawa haram bertawassul dengan memohon kepada makhluk. Yang dibolehkan adalah tawassul dengan kemuliaan dan keberkatan orang soleh dan hajat tetap dipohon kepada Allah.

ii. Doa tersebut jelas tidak mengandungi perkataan dalam bentuk apa-apa doa, permintaan hajat kepada Allah. Hanya sekadar tawassul kepada 5 orang yg disebutkan dalam matan ayat tersebut.

4. Saya mengandaikan, ini adalah surat berantai yang disebarkan oleh individu tertentu dan tidak mempunyai apa-apa sandaran nas juga tidak warid (bersambung) dari Rasulullah SAW.

Oleh itu, abaikan sahaja dan wajib kita hindari apa2 amalan yg tiada sandaran nas daripada al-Quran dan al-hadith.Sekian.Wallahu a'lam bis sowab.

Ustaz Mohd Farid Mohd Zainal
Naib Ketua Pemuda DPPK Kapar
http://syababkapar.blogspot.com

3 comments:

ibnuismail said...

ASSALAMUALAIKUM

Untuk makluman pengunjung... Setelah saya cari doa ini dalam keenam2 kitab Sunnah Sittah (Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie) saya tida ketemu dengan riwayat mengenai doa ini.

Bila saya search menerusi internet, maka doa ini saya temui dalam blog dan laman web yang cenderung kepada aliran Syiah.

Doa ini juga menjadi amalan sahabat2 kita dalam jemaah Al Arqam (walaupun Al Arqam sangat anti kepada Syiah).

Dari segi aqidah sememangnya lafaz doa ini memberikan makna yang bercanggah dengan aqidah Islam. Ia bukan sekadar bertawassul. Jika bertawassul seseorang itu minta daripada Allah dengan menyebut sesuatu yang lain sebagai recomandation. Tetapi doa ini bukan lagi meminta dengan Allah.

Ia adalah satu pernyataan bahawa pembaca doa ini boleh memadamkan waba' dengan nama Rasulullah (Al Mustafa), Saidina Ali (Al Murtadha), Hasan dan Husain (Ibna huma)dan Fatimah.

Justeru janganlah diamalkan ayat ini. Sebaliknya marilah kita balik kepada Sunnah Rasulullah SAW yang mengajar kita supaya membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas 3 kali sebelum tidur dalam keadaan menadah tangan dan kemudiannya menyapu ke seluruh tubuh. Inilah riwayat yang sahih daripada baginda. Wallahu a'lam.

Sekian.
Ustaz Aris Hazlan,
SK Sulaiman, Bentong.

greatbandito said...

Terima Kasih kepada Ustaz Aris Hazlan diatas penerangannya yang berkaitan dengan Doa Sesat ini..Semoga apa yang disampaikan itu akan disampaikan pula kepada sahabat-sahabat yang lain demi mempertahankan akidah kita...Salam

Elixir Rhapsody said...

Masih ada orang yang ingin menyebarkan ideologi syiah rupanya. Takpun (dengan nada bersangka baik), mungkin orang yang menyebarkan ini tersilap maklumat dan terus sebarkan ini tanpa penyelidikan. Wallahua'lam...

Namun terima kasih atas penjelasan mengenai perkara ini. Na'am, diperbolehkan bertawassul dengan kemuliaan orang-orang soleh untuk meminta dan berhajat kepada Allah kerana sesungguhnya setiap yang berlaku adalah atas kehendak Allah.

http://elixir-rhapsody.blogspot.com