Jom-jom kita Main Klik..I Nang U..U Nang Me ok

Mari kita Tolong-Menolong dengan Klik Nuff

Wednesday, August 26, 2009

Budaya Makan di bulan Puasa

Kepada Sahabat-sahabat BLOGGer yang baca post nie..Jangan Lupa Komen Tau..(Ruangan Comment)..Segala komen yang diberi amat kami HARGAI..

"Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadhan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat Malaysia sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa.

Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, namun apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka membeli juadah bukan lagi mengikut keperluan, tetapi mengikut nafsu!. Mereka seolah-olahnya ingin meng'qada' sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang yang ditinggalkan ketika berpuasa, lalu berlakulah pembaziran yang banyak. Terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Masyarakat seolah-olah berusaha untuk mengubah bulan puasa kepada 'bulan makan'! Sikap yang lebih pentingkan pesta menjamu selera pada bulan ini menyebabkan kesucian Ramadan sebagai bulan ibadat itu tidak dapat dihayati dengan sempurna.

Sebenarnya ajaran Islam tidak pernah melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma ajaran Islam mengajar kita supaya berbelanja secara bersederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar dan pasar Ramadan secara yang berlebihan.

Sesuatu yang perlu disedari bahawa tabiat pembaziran yang berlaku dalam bulan Ramadhan menyebabkan puasa yang dilakukan menjadi sia-sia kerana tidak mencapai ketakwaan sebagaimana yang diharapkan. Masyarakat Islam di Malaysia perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak hingga mencapai tahap takwa kepada Allah. Antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan. Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menghindari amalan menjadikan Ramadan bulan untuk berpesta makan dan membeli-belah secara berlebihan.

Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.”
(Surah al-Isra', ayat 27).

Sayyid Qutb di dalam tafsirnya 'Fi Zilal al-Quran' menjelaskan bahawa Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah). Oleh itu, berbelanja secara berlebihan ketika membeli makanan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir. Oleh yang demikian, apakah kita sanggup menjadi ‘saudara’ kepada syaitan dengan melakukan pembaziran di bulan Ramadhan yang mulia ini?

Sebagai Renungan..
Kita Makan Sampai Payah Nak Fikir apa yang nak dimakan..
Tetapi bagi mereka dari golongan yang susah..Mereka makan apa yang ada sahaja untuk hidup..
"Makan untuk hidup"...."Bukan hidup untuk makan"..

49 comments:

::bLessinnG seeKeR:: said...

Assalammualaikum wr wb,
Entry yang bermanfaat untuk saya dan pembaca lain :)
tersenyum2 sendiri tatkala membaca bait2 ayat, kebenaran itu terserlah tatkala saya yang memang agak malas untuk ke membeli juadah. bukan kerna lemah @ lesu tapi tidak berminat untuk berkerumun di tmpt yang ramai.

cukup hanya makan roti saja dan air soya ^_^
itu pun tak terkata kenyangnya..
entry ni elok untuk muhasabah, untuk perbaiki diri dalam bulan Ramadhan.

syukran jazeelan ^_^

eyena said...

haa saya setuju dgn penyataan cikgu..

"makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.."

jadi puasa ni kita kena laa muhasabah.. tahan dan latih nafsu kita dengan kesabaran.. ahaii

semoga puasa kita padanya ada keberkatan Allah..

din3187 said...

memang betul..kadang2 saya merasakan lagi banyak berbelanja dalam bulan puasa berbanding hari2 biasa sebelum ini. sebab itu kita kena pandai berbelanja dan beli apa yang patut sahaja...

ramai orang memang rambang mata bila membeli..nak ini..nak itu..tapi bila dah beli..tak semua dimakannya..last2..membazir..kesian..kan membazir namanya tu..

IxoR@ said...

apa pula kpd pekerja yg bawak balik rumah walau sebatang pen... lengah-lengah kerja semasa bekerja... pakai tudung ( bg perempuan ) tapi pakai T-shirt lengan pendek.. dll.. banyak benda yg terlepas pandang... bagaimana hendak diperbetulkan....

.:Mas Ayu @ Minah Kiwi:. said...

itu la.. bila datang bulan puasa..kita selalu berbelanja lebih..tapi bulan2 biasa..x de palk belanja macam bulan puasa..

kita harus bijak berbelanja bulan puasa nie...x lama lagi nak raya,.,mesti pakai duit banyak

sis iza said...

Nafsu akan menjadi raja jika kita tidak pandai mengawalnya...sewaktu lapar apa yang dipandang mata enak belaka...muhasabah diri itu yang paling utama...apakah tujuan kita berpuasa...tepuk dada tanya iman...pasti ada jawapannya

j-QAF SK SULAIMAN said...

Ermmm..Macam2 pendapat yang diluahkan oleh BLOGGER2 kita ni..Hehe..
Jgn makan ikut nafsu..Nanti makanan tak habis..
Saper yang nak habiskan..

surisarawak said...

Salam Ramadan..
saya juga bersetuju 'makan utk hidup, dan bukan hidup utk makan.'
Matlamat puasa sebenarnya bertujuan mengurangkan tabiat makan dan bukannya utk berpesta makan.Ramai yang lupa bahawa, yang Allah benci adalah perut yang penuh dgn makanan.Makan terlalu banyak juga memberatkan diri utk beribadat malam...

riBEna said...

btol2
makn jgn ikut nafsu
skg
bena
cbe utk tidak mambazir
huhuhu~

ai@reel said...

salam

bagus blog ni banyak info.
Nafsu?bohong kalau kata kita xde nafsu cuma persoalaannya bagaimana kita kawal nafsu itu.Kalu di kpg memang jarang sekali beli juadah sebab emak akan memasak atau membuat juadah.Ingat lagi katanya "makanan kat luar tu x sama dgn masakan emak"...emak selalu berpesan jgn membazir masak dirumah lagi bagus.

eheehheh..

eija ^_^ said...

memang budaya rakyat malaysia bila sampai bulan puasa... bukan puasa yang dikejarkan hal makanan yang dikejar kan.. bagi ja sediakan makanan ala kadar dah cukup untuk bulan puasa ni.. boleh kita hindar pembaziran... :)

RiShaZalia said...

post ini sgt berguna utk di sematkan dalam minda kite semua. terima kasih dalam usaha ingat mengingati satu sama lain sesama kite. saya juga setuju dgn nafsu dikalangan kite yg tidak boleh dibendung2. Pada saya cukup sekadar makan mcm hari2 biasa. x perlu berlebih2 kerana lepas waktu berbuka... kite dah pegi masjid. abis jek solat terawih dah dekat kul 10.... pastu paling2 lama leh stay sampai kul 12 tgh mlm... makanan pun x sempat hadam... kite dah tido... :-) makan yg perlu jek... hindar kan diri ke bazar2 ramadhan.... :-)

tice said...

assalamualaikum

semuanya bergantung kepada HATI yang seketul tu..kerana ia mengawal NAFSU BEIK n NAFSU X BEIK..

memeler kalau ikutkan HATI nak borong juadah 1 pasar RAMADHAN tu..TAPI bila difikirkan balik...'Alangkah baiknya makan sekadar mengisi kelaparan secara sederhana jer' Kan ker Nabi ada pesan..Makan ketika lapar..n berhenti sebelum kenyang..

So,sejarah hidup kita telah membuktikan bahawa kalau makan kenyang bangat,alamat malas ler nak bersolat dan mulerler melewat2kan solat..Itu kira kurang pahler tu..

Sebagai seorang ibu or bapa or abang or kakak elokler kita mendidik generasi bawah kita mcm anak ke adik ke murid-murid agar mendisiplinkan hawa nafsu makan ketika berpuasa samada puasa wajib or puasa sunat..Insya-Allah pembaziran tidak akan berlaku dan sikap malas bersolat or beribadah dapat diturunkan grafnya..

Lagi 1,kalau beli makanan berbondoi-bondoi kat pasar ramadhan tu bukan dapat menjamin kesedapannya or kebersihannya or kehasiatannya malah mungkin apa yang kita perolehi adalah keterbalikannya...sebab masa berbuka puasa kita mengadap mace2 makanan dan tak tau mana 1 nak makan dulu..so akhirnya termonye dan kita jugak yang rugi

tice said...

sambung sikit lagi

IKUT HATI MATI

IKUT RASA BINASA

IKUT NAFSU LESU

SO makanlah kerana ALLAH..Insya-Allah selamat di dunia menuju akhirat

suhaila-ab said...

rep : ada la jenguk sini cikgu...cuma tak tinggal jejak je...masa tu la kurang nak izinkan...

pose thn ni saya baru sekali beli makanan kat luar..ntah nape thn ni berminat nak masak sendiri aje...mungkin dirasuk hantu rajin kut..hahahhahahaha.....

Firol said...

Budaya 1 Malaysia ni..
no wonderlah ramai berpenyakit...
Hilang keberkatan dan seri ramadhan sebab membazir

Ingat setan dah kena rantai...rupenya pakai remote je nak menjana amalan pembaziran kegemarannya

lynda said...

Salam Ramadhan...memang betul tu..kalu dikaji balik bila kite berbelanja lebih di PARAM atau mana2 gerai bila balik rumah makanan tu terbiar. Semua tu nafsu semata2..Oleh itu kita kenalah muhasabah diri dan tahu objektif kita berpuasa dan ikutlah mana yang patut...

nuri said...

salam cik gu,

Kadang-kadang dia orang berbelanja lebih bukan membazir tapi beli makanan banyak tu bawa pergi letak kat surau,bagi majlis buka puasa.

mEiZ SHA said...

Kita Makan Sampai Payah Nak Fikir apa yang nak dimakan..

ni mmg btol!!
:)

tp membazir tu x elok kan..:)
bile lapa..g bazar tu tgk semua makanan sedap je..yang lapa tu MATA...bkn perut!!

bile buka..x abes pun sume makanan tu
jd beringatlaa pada mereka yg x cukup makan kat luar tu ok
;p

HaFez94 said...

Bulan puasa..bulan yang menahan lapar dan dahaga..bukannye bulan untuk membeli makanan yang berlebihan.. Jika kite terbeli atau sengaja beli makanan di bazar ramadhan.. bolehlah kita mengamalkan Amal bersedekah kepada jiran..Ini juga dapat mengeratkan hubungan sillaturahim..
so pengajaran yang saye dapat..janganlah bersikap tamak dan bersedekah amalan mulia..

SELAMAT BERPUASA..

Lenggang Kangkung said...

saya telah post link artikel ini di http://twitter.com/tazkirah

LORD ZARA 札拉 said...

Memang benar apa yang dinyatakan~
mana boleh mau membazir~

ai said...

Sib bek aku bukan jenis makan beria camtu bulan pose ni. Hari2 aku laki bini dok adap sejenis lauk je masa buka. Ala...bukan mkn sangat pon. Pewot dah kembong isi air! hihihi...

Tp kalau balik umah mak, mmg harus la penoh tikar ngan lauk pauk yg dia masak... :P

sI tEDI said...

yup! Alhamdulillah setakat ini kaki aku belum jejak lagi ke PasarRamadhan. takut tidak dapat mengawal nafsu membeli :)

~~TueRa~~ said...

emm..sy pn kdg2 tu membeli juadah berlebihan hehe..tq menyedarkn sy =p

makdara terdiva said...

salam..
dulu2 terikut2 gak dgn pesta mkn2 ni..lagi2 kalau pg bazar ramadhan..tp skrg ni semenjak 8 menjak..dah kurang menjejakkan kaki ke c2..bln pose disuruh berjimat-cermat tp rase2nye bln pose la belanja berganda2 sbb rambang mata..
psikologinye..bile lapar mesti keinginan utk berbelanja adalah diluarkawalan..jd pengajarannye..belilah sekadar biasa2 je utk berbuka..

batiksutera72 said...

Askm Ustaz,
Ana rasa salah satu cara utk elakkan pembaziran d bulan pose ini adalah dgn memasak & elakkan ke Bazar Ramadhan krn waktu tu perut kita tengah lapar maka semua makanan kita hendak beli.

lb9505 sk bebuloh said...

makan jangan tak makan. makanlah banyak2. tak cukup 1 bungkus, satu pasar malam kita telan, pas nie, giliran ulat plak makan kita... hua hua hua..

CINTAMANISZ Lite said...

Akak mmg ada beli gak la kat pasar Ramadhan ni. Tp beli kuih-muih aje laa. Anak2 pilih diorang nak kuih apa..beli cukup2.
Alhamdulillah, semua yg dibeli tu abes. Ada yg dimakan masa berbuka..ada yg dimakan lepas2 tu. Takde laa makan semua sekaligus, melampau!! huhu..

Sebenarnya..nikmat makan ni bukan semua org ada. Jadi selagi ada selera nak makan tu..makan laa. Cuma jgn ler terlampau2 sgt.
Kalo dah takde selera..hmm..menu feveret kita ada di depan mata ni pun..dah takde makna.

pu3 balqis said...

amat bersetuju...
patotnya kena berjimat jermat..
ni tak..

kalau masa berbuka tuh, sampai tak cukop tempat nak letak makanan...

sama2lah kita mengawal aktiviti kurang sihat ini..
=P

ellenyna said...

dulu, masa zaman kanak-kanak (ceh ceh), bulan ramadhan
^____________^ semua nak, itu nak, ini nak, sehingga semua permintaan tidak dapat dibendung oleh ibu bapa. tapi bila da dewasa dan makin matang, saat buka puasa, tidaklah semeriah zaman kanak-kanak, yang penting berbuka puasa lah kan.
Elle buka puasa simple je. tapi sahur kene makan best2. hhheee :)
salam ramadhan.

^inas^ said...

dah tak minat pegi pasar ramadhan..
sesak.. takut nak masuk lama2..
bulan puasa kena jaga byk benda.. lg2 penglihatan.. kat pasar ramadhan selalunya org bkn setakat tgk makanan2.. tp tgk manusia2 yg nmpk ghairah dgn dunia, tanpa memikir ia dpt kurg kan pahala puasa..

ya Allah, lindungilah kami ya Allah..

Mummy Hanan said...

Salam,

Kalau direnungkan, memang bulan puasa sepatutnya mengajar kita berjimat..tetapi ntah lah mungkin juga trend orang2 kita...kan kita puasa, jadi apabila tiba time nak berbuka semua benda nampak sedap pada kita....jadi banyaklah pembaziran...
Tak di nafikan juga ada juga baiknya orang2 yg berjual tu..tp kita yang membeli haruslah tau.....
Alhamdullillah Mummy diberi oleh Tuhan utk boleh memasak...tu yang jarang beli tu...kalau utk2 anak, Mummy suka memasak....beli pun mungkin sekadar beli kuih....
Memang selera seseorang tidak sama...asal tahu kemampuan diri...terserah... Makanlah tapi jangan terlalu kenyang....
Anyway...Selamat berbuka......

zikrialias said...

a'ah...betul gak kan...waktu pagi letih lesu je...tp bila ptg, dah dekat2 nak berbuka...semangat lak nk ke bazar...hurm...mesti kene kaji diri ni balik...huhu...nafsu semata-mata....

A.I.N.U.L said...

btol tu . selalu tgk masyarakat kita ni mcm ni . nafsu semata-mata .
kurangkan juadah . tingkatkan ibadah !
hehehe

cintalaila said...

Salam buat semua..satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama, nasib baiklah isteri hamba suka masak sendiri di bulan ramadhan ini kerana melayan anak-anak (3 orang)yang sedang berpuasa namun tiadalah berlaku pembaziran makanan...kalau nak diikut nafsu memang semua sedap tapi...fikir-fikir lah sendiri!

j-QAF SK SULAIMAN said...

Saya memang p bazar ramadhan jugak..
Tapi biasa beli air jer..
Pastu terus ke trek untuk jogging..
Di bulan pose nie senaman perlu jugak..
Bulan pose bukan halangan untuk kita tidak bersenam..Betul tak...

P/s: Kalau nak p pasar ramadhan..Bawa seringgit jer..hehe..confirm beli sikit jer..Kan..kan..

ustazah dyLLa said...

biasalah...perut tgh lapar...nmpk itu, nk itu...nmpk ini, nk ini...agaknya pilih calon istri mcm 2 kot... ~ngee

abu muaz said...

Salam. Banyak yg masyarakat islam kita lakukan perkara yg tidak disuruh dan digalakkan oleh Allah dan Rasul.

sha89 said...

salam cikgu...

thnks sbb sudi singgah blog sha..

btul la cikgu, bln puasa mmg dh jadi bulan pesta makanan...sane sini ade makanan mcm cendawan tumbuh

tp xtentu lagi kebersihan die kn...

tp terpulang kpda individu nak pilih berjimat atau membazir...bersederhana lg bagus :)

batiksutera72 said...

Salam Ustaz,
betultu ustaz,bawak seringgitje, dapatle beli kueh 3 ketul, hi hi hi. Tapi drp pengalaman ana, seelok-eloknya jika berpeluang masakla sendiri, di samping dpt makan makanan yg terjamin kebersihannya, dpt jugak di hantar kat tetangga.

j-QAF SK SULAIMAN said...

Sekarang kita jarang lihat amalan sedekah yang mana kita sentiasa lihat disuasana kampung..

Kalau dulu selalu tengok jirang2 bersedekah..Masak lebih sedekah kepada jiran..Dengan cara ini boleh erat hubungan sillaturrahim..Betul tak?

batiksutera72 said...

memang betul,
Namun apa yg penting bukan nilai makanan yg diberi ttp niat pemberian kita itu mestilah ikhlas & jika niat kita betul2 ikhlas tanpa ada maksud yg lain,ana rasa,insyaallah pemberian itu secara tidak langsung akan dpt mengeratkan sillaturrahim. Wallahualam...

cintalaila said...

Konon nak bagi kat orang...lepas tu tunggu apalah orang nak bagi...susahnya daripada dapat pahala dapat dosa..ya lah mengata masakan orang tu sedap la..tidak la..tapi aku duduk berjiran dengan cina..hai tunggu buah limau lah masa tahun baru cina!!!

batiksutera72 said...

cintalaila: Itulah yg ana kata, jika nak beri biarlah ikhlas, barulah ada keberkatannya. Tak kirala siapa jiran kita asalkan niat kita ikhlas?

Anonymous said...

bila dikira-kira semula, kos belanja utk 1 hari berbuka / sahur lebih kurang sama dgn 1 hari biasa utk sarapan / lunch / tea -pisang goreng / dinner /supper / snack -kacang kunyah2 hehe..

maybe mereka yg berbelanja byk dlm puasa utk berbuka ramai2 dgn anak2 yg kerja jauh pulang ke kampung pada hari pertama puasa / weekend.. atau mungkin utk diberi kpd jiran sebelah rumah bagi mengeratkan sirratulrahim.. org bujang sgt bersyukur jika ada yg memberi hehehe..

alhamdulillah peniaga yg mungkin dulu kais pagi kais petang bertambah murah rezeki dlm bulan puasa, pengaliran wang negara yg rancak menandakan ekonomi yg baik..

Putra Al-Maliki said...

Budaya orang Malaysia especially orang Melayu. Terlalu tamak dengan membeli banyak juadah berbuka. Malangnya ia dibuang ke dalam tong sampah apabila tidak habis dimakan. Pembaziran & dosa di bulan Ramadhan...

Anonymous said...

org malaysia dah kurang membazir tidak spt dahulu kala.. buktinya ahli2 forum yg memberi pendapat di sini, semuanya benci dgn pembaziran.. hehe, takde siapapon yg setuju dgn pembaziran.. atau kita pernah buat sebelum ini?

kadang2 kita hanya nampak pembaziran di sudut bazaar ramadan sahaja, tetapi tidak di bahagian lain.. byk lagi jenis pembaziran yg tanpa kita sedar, kita juga melakukannya..

jangan salahkan pihak peniaga semata-mata kerana bulan puasalah bulan yg boleh mereka perolehi pendapatan yg bagus & rezeki yg halal.. lebih ramai peniaga maka majulah ekonomi negara.. jika tahap kebersihan yg menjadi isu, maka ramailah org sakit perut selepas makan makanan yg dibeli.. kalah H1N1 huhu..

bukan sahaja org Islam sahaja yg membeli, org bukan Islam pon ada membeli, baguslah begitu..

saya rasa org malaysia pandai2 belaka sama ada melayu mahupon bukan; pandai mencari gerai yg bersih, pandai menjaga kebersihan, malah ada juga penguatkuasa, pandai berjimat, pandai juga menahan nafsu.. jika 10 tahun lalu, mungkin perkara ini boleh dijadikan isu yg sgt besar..

masih ada lagi pembeli & peniaga yg baik.. malah bertambah baik alhamdulillah..

Anonymous said...

order an fOMmcfTZ [URL=http://www.ugg--outlet-online.blogspot.com/]ugg boots for sale[/URL] for more detail EDQXeQcf [URL=http://www.ugg--outlet-online.blogspot.com/ ] http://www.ugg--outlet-online.blogspot.com/ [/URL]